Tuesday, February 21, 2012

Menghitung Hari Mendatang

Menghitung hari mendatang tak seindah mimpi. Teringat saat indah waktu kanak-kanak berlari, bergurau, bergaduh dengan adik-adik ternyata amat membahagiakan. Masalah tak menghurung diri, andai masalah menyinggah sekalipun, sekadar bagai angin lalu yang menyapa muka dan akan hilang begitu sahaja!


Pelbagai mimpi indah terngiang-ngiang ditelinga. Kenangan itu bermain dimata tatkala melihat Ammar dan Hidayah berlari berkelahi manja sesama mereka..ya...aku rindu zaman penuh riang ria itu..zaman tatkala benakku tidak sarat dengan persoalan yang menjerut leherku dan menjerit-jerit disanubari meminta diselesaikan..Arghhhh bosan terasa pabila menjengah pintu ofis dan terlihat fail-fail,buku-buku dan semua jenis "harta karun" berlengar2 di atas meja..aku ingin BERCUTI!!!!!

Aku rindu dengan gurau tawa zaman persekolahanku..Aku rindu adik-adikku yang zaman kanak-kanaknya bersamaku..Masih kuingat Apit dan Amin dengan warna berbeza berlarian, bergaduhan, bergomolan, bertangis-tagisan diatas katil...Ye kita bertiga dikala sukar dan senang waktu itu.. Ternyata kenangan itu saban kali mengheretku ke lembah yang penuh dengan kerinduan..Ye aku rindukan mereka..Zaman riang sewaktu membesar yang kita lalui bersama.. Bermain bola bersama-sama memecahkan cermin almari rumah, cermin tingkap rumah dan paling tak mungkin kulupakan kisah mercun dimalam raya. Tatkala itu, kenangan bermain mercun didepan rumah Arwah Mak Ndak Komet begitu mengasyikkan..Satu-satunya rumah yang ade pelita la katekan..Syok2 punya main, Amin tercampak mercun papan kedalam rumah Mak Ndak dan akhirnya bam bammamamamammamammmmm merosakkan karpet mak ndak..hehee... Mana mungkin aku lupakan kenangan-kenangan yang ternyata indah untuk dikenang itu..Tak pernah jauh dr pergaduhan ttp pergaduhan itu ternyata merapatkan kita dan langsung tak membuatkan kita terasa jauh walau seinci!

Amin dan Apit telah pon dewasa, begiu juga aku..Mungkin kenangan itu tak sesubur kenangan diminda ku..Saban hari aku berdoa agar jangan ada badai melanda yang menjauhkan kami adik beradik...Jangan ada anasir-anasir yang cuba memusnahkan hubungan kita, walau aku sedar mereka bukan milikku kerana masing-masing punyai kehidupan sendiri barangkali. Dan aku jua terasa bahang "jauh" itu ttpi biarlah ia sekadar menjarakkan kami buat seketika!bukan jarak yang selamanya..


Mungkin tak lama lagi kami akan punyai keluarga sendiri dan punyai hala tuju sendiri tetapi aku sedar aku pernah ada kenangan manis bersama KALIAN!!!!






Friday, December 23, 2011

Gadget Yang Meggoda Aku~

Arghhh dalam kepala ada 3 gadget yg selalu megganggu tidurku..
Yang pertama: EOS 600D kitlens 2 (18-135)




Perghhhhhhhhhhhhh Memang semartttttttttt ahhhhhhhhhhhh...ermmmm tp pricey sgt la jgk kan...
Kalau beli body+lens je dah ley cecah 3200++ then xkira bateri grip n flash lg..maka aku pon sengih2 jela tgok gmbr dulu....

Pastu selain dari tu, gila jgk iphone 4s yang baru kuar tu..hehee

Yangni pon sebijik dah cecah 2200++ dah..huahuaa hobi mahal lg....

Maka tukar lagi la minat ke perkara2 lebey murah la nk kne saving duit nak ermmmm..xyah sebut ah nk ape coz mak pon da borink dgr..hahahaahah sb xjd2 bnde nye

yangni murah skit tp dlm 1400++ jgkla kan...so tgh riki2 samada need btol2 x...hehehe

Tapi gadget yang last ni mmg tgh keperluanla... GPS! yuppppp!!! sb smartphone nye GPS pon kekadang biollllll hahaha


yang cam jam tu smart jgkla...Tp untuk nek keta rasa lawak le plk kan!haha ygni mmg tgh riki2 kedai nak hangkut satu le...
Btw, sume gadget2 ni mahal le..maka aku rasa baik aku spend duit kearah bnda yg lebih murah n baik pula hasilnya=)


yangni molek skit hobi...dhla harga hanya dlm lingkungan 400 lbh je (utk quran tu) then untuk tasbih digital tu xsmpi 300 pon=)

Tapi.................
If nak lagi baik, lagi zuhud, lagi elok dan molek, rasanya elok pakai yang bawah ni..Guna duit untuk beli gadget2 kat atas tu untuk beli "gadget" kt bawah ni----------->

Pastu beli dalam 40 bijik, sedekah kat skola tahfiz yang memerlukan..
InsyaAllah lebih barakah hidup=)
Bkn barakah kat dunia je, insyAllah nanti kt akhirat terang hidup bersuluh..
Time tu GPS ka, kamera ka, iphone ka, ipad ka, semua tu da xbawak ke mati lagi...
smile====)





Wednesday, August 17, 2011

Andai itu akhirnya....

Assalamualaikum,
Ramadhan kareem buat semua. Tahun ini tahun penuh dugaan. Dugaan yang sukar untuk diluahkan kepada sesiapa pon. Mungkin ini kenyataan yang harus kuterima seadaanya. Teringat bertahun yang lalu yang keadaannya ternyata berbeza. Aku sedar, antara kita tautannya sudah teramat longgar bahkan terlalu banyak carik yang hampir memutuskannya. Aku hanya bertahan dan membiarkan keadaan berlaku mengikut arus. Mungkin kau rasa segalanya bermula dari kesilapanku tetapi kau juga ada egomu, kau juga terlalu mementingkan diri mu.
Aku kuburkan perasaan bila berhadapan denganmu dan menganggap kau hanya mimpiku. Walau terasa keperitan, tetapi kurasa itu yang terbaik dari mengharapmu berubah. Ku cuba singkir diri dari terlibat dengan mu secara langsung walau kadang2 aku tewas! Maafkan aku andai tiba-tiba aku pergi jauh dari hidupmu kerana kurasa itu yang terbaik...

Wednesday, July 27, 2011

Ulangtahun Kehilanganmu Ke4..Hilang Dimata, Dihati Tetap Segar

The first man a girl fall in love is her dad!


Benar sekali pernyatan itu dan ia sesekali menerobos kenangan yang berlalu... Ermm 4tahun berlalu pergi..Kering sudah airmata kami tapi kenangan bersamamu tak pernah luntur bahkan semakin segar dimamah usia..Bila album gambar2 lama kuselak, kami adik beradik tersenyum seniri melihatkan pelbagai ekspressi dirimu didalam foto-foto itu justeru membawa kami kembali kedalam kenangan itu.. Kadang-kadang bila sendirian, ku jengah "portable hard disk" yg ternyata begitu berjasa menyimpan pelbagai potret dirimu. Kerapkali diri ini tewas melawan kenangan bersamamu...



26tahun lalu, dilahirkan dalam keluarga yang teramat besar dan bukannya berharta tapi aku yakin, kami kaya dengan kasih sayang serta nasihat yang bertali arus..Ya, aku yakin, kehidupanku tak pernah bersalutkan emas, tapi aku tak pernah lekang dari kasih sayang dan perhatian mereka berdua..Kami membesar 9beradik dengan hasil titik peluh kedua orang tua kami yang mengusahakan kedai kecil bersebelahan rumah...Dari situ perut-perut kami diisi dengan rezki halal saban hari..Ermmm kusedar betapa jeritnya ingin mencari sesuap nasi, menyekolahkan kami adik beradik dan tanpa putus asa dan keluhan, kalian meneruskan usaha mendidik kami..Ya Allah, besar sungguh pengorbanan itu yang tidakkan mampu kubalas sehingga kehidupanku berakhir..Berbekalkan kecekalan kalian itulah, semangatku untuk merubah nasib keluarga tak pernah putus dari membakar jiwa kecilku...

Aku berusaha tiap hari untuk memastikan nasib kalian terbela..Masih teringat alam sekolah rendahku..Dimalam hari yang ternyata terlalu menyejukkan dan ternyata demamku menggila, dan hujan juga turun tanpa henti, kau dengan tabah menunggang motosikal untuk ke klinik JayaRaman..Aku masih ingat itu dan aku tidak akan lupa wahai bapaku..Aku masih ingat, bagaimana engkau melayan karenahku, walau ternyata kepenatan terlalu menghambatmu..Masih tidak mampu kulupa, rengekkan ku inginkan sebuah beg berjenama Scwann yang ternyata begitu mahal bewarna ungu itu telah kau layan walau kini kusedar, itu diluar kemampuanku..Kau tak pernah jemu, kau tak pernah ragu dengan kasih sayang yang kau curahkan demi anak2mu..

Airmata ini menitis lagi tanpa kusedari. Pemergianmu tatkala pengajian ijazah pertama ku berakhir ternyata begitu memeritkan diriku. Terasa belum sempat untuk ku bayar jerit perih titik peluhmu itu lagi...tetapi aku mampu buktikan, tidak sia2 pengorbananmu itu wahai bapa yang tercinta. Walau kita dipisahkan dalam dua dunia yang ternyata berbeza, tapi cinta dan kasihmi ternyata mekar membajai kami sembilan beradik.. Tersenyum aku sendiri menahan gugurnya manik putih ini..

Ulangtahun pemergianmu yang ke-4 kususuli dengan sekalung doa dan alfatihah buat teman mu disana insyAllah bertemu disyurgaNYA..Alfatihah untuk allahyarham Othman Sulieman, moga dijannahMU ya Allah

Sunday, July 24, 2011

Surat Buat Suami

Assalamu’alaikum wr.wb.

Aku suka memanggil kamu dengan nama di atas. Ia bukan satu panggilan tradisi, sebaliknya ia satu panggilan yang disukai dan digemari Rasulullah s.a.w.. Aku akan beritahu kamu selepas ini dengan izin Allah, kenapa nama ini dipilih.

Adapun sebab aku menulis surat ini ialah beberapa aduan daripada akhawat anggota jamaah IM telah sampai kepadaku. Begitu juga aduan daripada akhawat yang bukan anggota IM. Meskipun aku rasa bertuah kerana diberi peluang hadir di muktamar akhawat yang diadakan beberapa minggu yang lalu di dewan muktamar university al-Azhar di bawah slogan: al-mar’ah al-Misriyyah… min athaurah ila an-nahdhah (Wanita Mesir.. dari revolusi kepada kebangkitan memajukan negeri), dan aku telah berbicara kepada mereka tentang kewajipan wanita di peringkat individu, keluarga dan masyarakat, tetapi kita mesti tahu bahawa di sana terdapat hak-hak mereka daripada lelaki yang merupakan tanggungjawab aku dan tanggungjawab kamu.

Sesungguhynya aku memilih untuk berbicara kepada kamu secara langsung, mengingatkan kamu peranan yang dipikulkan Allah ke atas bahu kamu, yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kamu ketika baginda berada di ambang kematian. Ia merupakan wasiat terakhir yang paling berharga pernah diungkapkan oleh orang yang berwasiat.

Tuhan yang memiliki kebesaran berpesan kepada kamu supaya menjadikan hubungan kamu dengan isteri kamu bertunjangkan mawaddah dan rahmat, dibaluti kesedaran akan masuliah (pertanggungjawaban). Maka kamu adalah pengemudi bahtera keluarga. Kepimpinan kamu adalah kepimpinan yang berupa pertanggungjawaban, bukan penghormatan. Tuhan kamu berpesan supaya kamu jangan lupa kerana jika kamu lupa, kamu akan dilupakan. “… dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.” (Al-Baqrah:237). Al-fadhl ialah kamu memberi lebih banyak daripada kamu meminta, kamu mengambil hak kamu lebih sedikit daripada yang sepatutunya.

Dia berkata kepada kamu, bahawa kamu melindungi isteri, anak-anak daripada kemudaratan dan perkara yang membahayakan sama ada dari aspek kebendaan dan maknawi, juga usaha kamu membawa manfaat kebendaan dan maknawi kapada mereka merupakan tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu kamu sejak mula dijadikan ayah kamu Adam dan ibu kamu Hawwa sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.” (Ta Ha:117)

Dan Rasulullah Musa a.s. telah merealisasikannya secara amali, sebagai mematuhi tuntutan Ilahi yang penuh dengan hikmah yang sangat mendalam maknanya “Ketika dia melihat api, lalu berkatalah dia kepada isterinya: Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya atau aku dapat di tempat api itu: Penunjuk jalan.” (Ta Ha:10). Ayat ini mahu menyampaikan bahawa Musa seoalah-olah berkata kepada keluarganya: kamu tunggu di sini! Aku akan meninjau keadaan sekitar untuk mengelakkan kamu daripada bahaya dan perkara yang memudaratkan. Dan aku akan bawa kepada kamu perkara yang bermanfaat dari segi maddi dan maknawi.

Dan Allah juga telah menjadikan ikatan hubungan suami isteri ini dengan aqad yang kukuh yang diikat sendiri oleh kamu. Kamulah yang wajib memeliharanya. Allah akan menghisab kamu faktor-faktor yang menjadi ikatan itu kekal kukuh atau terburai “Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?” (an-Nisaa’:21)

Adapun kesalahan wanita atau keaipan mereka, ia seumpama keaipan kamu dan kesalahan kamu. Kedua-dua kamu perlukan kesabaran untuk merawatnya. Namun tali kekangannya tetap berada di tangan kamu agar kapal ini hanya dikemudikan oleh seorang individu sahaja. Urusan keluarga bukan tempat untuk berebut kuasa atau beradu tenaga untuk jadi ketua sabagaimana yang cuba dilakukan oleh musuh-musuh Islam dan musuh-musuh kemanusiaan untuk mencarikkan ikatan yang suci ini. Mereka cuba menyalakan api pertentangan antara lelaki dan perempuan dengan mengunakan setengah kesalahan yang dilakukan oleh sebahagian suami dan mengaitkan kesalahan itu dengan sistem Islam, syariah rabbaniah yang telah meletakkan tanggungjawab kepimpinan di bahu lelaki, semua lelaki ke atas semua wanita, demi memelihara kesejahteraan masyarakat.
Sesungguhnya al-Quran telah menyatakan dengan ringkas dan padat semua sistem-sistem yang diperlukan oleh manusia. Semua itu tersimpul di dalam beberapa ayat yang sangat ringkas. “Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya), Dan siang apabila ia lahir terang-benderang; Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); (Maksud al-Lail:1-3)
Malam dan siang, lelaki dan perempuan, saling bergandingan, lengkap melengkapi. Bukan berebut dan bersaing. Tiada kelebihan yang satu ke atas yang lain kecuali dengan melaksanakan peranan masing-masing.

Sebagai contoh, lihat isteri Firaun. Firaun mendakwa dirinya sebagai tuhan. Namun dakwaan itu sedikitpun tidak menjejaskan iman isterinya. Sebaliknya dua orang wanita lain yang menjadi isteri kepada dua orang nabi yang mulia, tidak mendapat apa-apa kelebihan di sisi Allah di sebabkan keingkaran mereka. Dan Maryam pula, seorang wanita solihah yang tidak bersuami. Jadi setiap individu mempunyai kedudukan tersendiri di sisi Allah. Ia dihisab secara berasingan daripada pasangan masing-masing. Setiap orang mempunyai masuliah fardiah yang tidak boleh dipikul oleh orang lain.

Ketika Nabi s.a.w. menyebut bahawa wanita seperti tulang rusuk yang bengkok, itu tidak bermakna keaipan bagi wanita kerana wanita tidak menciptakan dirinya sendiri. Dari sisi lain kita dapati tulang rusuk yang bengkok itulah sebenarnya bentuk yang paling baik dan paling ideal. Kalaulah tidak kerana tulang rusuk itu bengkok, jantung tidak akan berada dalam keadaan yang selesa dan tidak akan dapat menjalankan pungsinya membekalkan darah ke seluruh anggota. Sepasang paru-paru juga begitu. Jika tulang rusuk tidak bengkok, seluruh tubuh tidak dapat bernafas, insan tidak akan hidup sihat dan sejahtera, tidak akan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ke atasnya.

Justeru, Allah Azza wa Jalla berkata, ketika kamu tidak suka kepada sesuatu perkara yang ada pada isteri kamu – kesempurnaan itu hanyalah milik Allah jua - kamu juga tidak terlepas dari kekurangan dan kesilapan. Dalam kontek ini Allah berfirman maksudnya: “… Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (An-Nisaa’:19)

Rasulullah s.a.w. pula telah menghuraikan perkara ini dengan terperinci dan praktikal yang kamu boleh laksanakan dengan segera. Kamu yang mesti laksanakan, bukan dia (isteri kamu) kerana kamu adalah pengemudi, kamu yang bertanggungjawab. Baginda bersabda maksudnya: “Janganlah seorang mu’min itu (suami) membenci seorang mu’minah (isterinya) kerana boleh jadi dia tidak suka pada sesuatu perangainya, dia suka perangainya yang lain”. Maksudnya di sini, jika kamu melihat sesuatu yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip iman, maka kamu mesti mengubah mood kamu sendiri, sehingga kamu dapat melihat dan mengiktiraf kelebihannya dari aspek yang lain yang pastinya terlalu banyak yang kamu sukai. Maka dengan itu perasaan benci dengan segera akan bertukar menjadi sayang.

Aku ingin mengingatkan kamu satu maklumat yang simple yang kadang-kadang kita lupa. Tidakkah zakat fitrah isteri kamu, anak-anak dan khadam kamu yang bayar walaupun isteri kamu seorang yang kaya raya? Itu merupakan lambang pertanggungjawaban yang dipikulkan ke atas kamu kerana itu bukan zakat harta. Zakat harta yang dimiliknya adalah tanggungjawab dia sendiri. Dia yang mesti tunaikan secara berasingan daripada kamu. Awas kamu! Jangan ambil sedikitpun daripada hartanya tanpa izinnya dan jangan halang dia berbuat baik kepada keluarganya mengikut sukanya. Jika kamu berbuat demikian maka hisab kamu di sisi Allah amat sukar. Allah mengharamkan kezaliman ke atas diriNya dan menjadikan kezaliman itu haram ke atas sesama hambaNya.

Jadilah kamu orang yang sentiasa setia kepada isteri kamu kerana Rasulullah s.a.w. sentiasa setia kepada isterinya Khadijah r.a., kesetiaan yang sungguh indah sehingga selepas Khadijah meninggal dunia. Ia menjadi contoh bagi seluruh umat manusia. Begitu juga baginda tidak menyembunyikan perasaan cintanya kepada Aishah r.a. ketika baginda ditanya siapakah manusia yang paling baginda cintai. Maka dengan spontan baginda menjawab dengan terang dan tegasa: “Aishah!” Lalu sahabat berkata bahawa mereka bukan tanya tentang wanita, dan sekali lagi baginda menjawab: “Ayahnya!”. Baginda tidak berkata “Abu Bakar”, sebaliknya berkata: “Ayahnya”. Ia memberikan gambaran hubungan mesra dan intim antara baginda dan Aishah dan secara tidak langsung menggambarkan kedudukan Abu Bakar di sisi baginda.

Adakah kamu fikir ada ungkapan yang lebih indah daripada ini bagi menggambarkan rasa cinta seorang suami kepada isterinya? Unggkapan yang begitu tulus lahir dari bibir suami pastinya mampu memadam apa-apa kesilapan dan perselisihan antara kamu berdua.
Seandainya masalah yang kamu hadapi, na’uzubillah, sudah sampai ke tahap bercerai, dan cerai adalah perkara halal yang paling dibenci Allah, isteri yang diceraikan itu berhak tinggal di rumah kamu, hak yang ditentukan sendiri oleh Allah, agar dengan keberadaannya di rumah itu, hati kamu dan hatinya akan jadi lembut, dan perselisihan yang berlaku sebelumnya akan lebur. Tidakkah kamu nampak, dalam keadaan yang begitu genting sekalipun, Allah tetap menghendaki kamu melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Perhatikan ayat-ayat berkaitan dengan talaq, kebanyakannya dibasahi dengan ciri-ciri kelembutan dan kebajikan. Lihat surah at-Talaq ayat 1 hingga 3.

Akhirnya jangan kamu lupa wasiat perpisahan kekasih kita s.a.w. “Hendaklah kamu berpesan agar berbuat baik kepada wanita…”. Sungguh mengkagumkan, wasiat ini digandingkan dengan wasiat supaya menjaga solat. Tidakkah kamu rasa bahawa ia merupakan suatu perkara yang sangat penting?

Justeru, wahai saudaraku para suami, di manapun kamu dan dalam keadaan apapun, maka setia dan setialah kepada isteri kamu! Berbuat baik dan berbuat baiklah kepada isteri kamu! Beri perhatian dan beri perhatianlah kepada perasaan isteri kamu! Berbakti dan berbaktilah kepada keluarga isteri kamu! Bantu dan bantulah isteri kamu untuk berbakti kepada keluarganya. Bawalah isteri kamu memikul bersama kamu beban keluarga dan beban dakwah. Jadikan dia sandaran belakang kamu supaya dia dapat berjalan seiring kamu sambil membawa risalah dakwah yang diwajibkan Allah ke atas kamu.

Awas dan awas daripada mengambil hartanya tanpa kerelaannya. Adapun jika dia rela, Allah telah jelaskan hukumnya di dalam firmanNya yang bermaksud: “… Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. (An-Nisaa’:4)

Ingat neraka dan neraka! Selamatkan isteri kamu darinya. “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka…” (At-Tahrim:6)

Ingat syurga dan syurga. Bawalah dia bersama kamu serta anak-anaknya. “Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;” (Ya Sin:56)

Dan ingatlah juga bahawa orang yang terbaik dalam kalangan kita ialah yang paling baik kepada isterinya. Dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. orang yang paling baik kepada isterinya dalam kalangan seluruh umat manusia. Maka adakah kita mencontohinya?

Akhirnya, Rasulullah s.a.w. menamakan kamu suami yang mulia (zauj karim) selama kamu melaksanakan wasiatnya yang bermaksudnya: “Tidak memuliakan wanita kecuali orang (suami) yang mulia, dan tidak menghina wanita kecuali orang yang tercela!”. Maka jadilah kamu wahai saudaraku suami muslim yang mulia. Semoga Allah berkati kamu pada isteri kamu, harta kamu dan anak-anak kamu. Semoga Allah rahmati ibu bapa kamu dan ibu bapa isteri kamu sama ada mereka masih hidup di dunia ini atau telah berpindah ke alam abadi. Semoga Allah himpunkan kamu berdua dalam kebaikan dunia dan akhirat. Semoga Allah berkati zuriat kamu berdua.

Sesungguhnya aku telah berbicara kepada para isteri dalam muktamar lepas dengan membawakan satu Hadis yang menjamin pahala untuk mereka, iaitu seorang wanita yang melayan suami dengan baik pahalanya menyamai jihad, solat jamaah, solat jumaat dan mengiringi jenazah. Dan redanya kamu kepada mereka merupakan pintu untuk mereka masuk syurga.

Aku berharap kamu tidak lupa kepada kami dalam doa-doa kamu yang baikbaik.
Was-salamu’alaikum wr.wb.

Saudara kamu,
Dr. Muhammad Badi’
Murshid Am Ikhwan Muslimin

Credit to Ustazah Maznah=)
http://zaadut-taqwa.blogspot.com/

Saturday, July 23, 2011

Bisa Aku Melangkah

Salam,
Rasa janggal bilamana jari jemari memulakan tariannya diatas kekunci laptop yang ternyata terlalu lama kutinggalkan lantaran kekangan kerja yang amat menekan...Ermm tersenyum sendiri mengenangkan kenangan-kenangan yg tercipta beberapa tahun berlalu ini. Tersenyum ada, terluka tentu jua ada...
Ternyata, kisah yg berlalu memberikan aku secebis kematangan dalam menghadapi kehidupan seharian. Andai bisa kususun coretan-coretan kisah suka duka hidupku ini,mungkin sudah sebesar permaidani yang membentang Malaysia..tersenyum pahit mengenangkan semalam yang berlalu.

Kini, kumula hidup baru walau terkesan dengan dengan sisa semalam..Tapi kusedar, hidup mesti diteruskan..
Sekalipun Tsunami melanggar Acheh,yang hidup masih perlu berjuang membina kehidupan dari kemusnahan itu..Dan itu adalah hakikat hidup yang perlu dimengerti.
Andai kurasa inilah saat ku bertatih untuk hidup, mungkin itu benar..Tercari-cari jalan untuk kehidupan yang bakal mendatang, mendidik diri untuk menerima kelemahan diri dan mengajar hati agar lebih tenang..Yang lebih penting, mengentalkan iman yg ada, dan memperkukuh taqwa kepadaNya yg kadangkala kurasa semakin menipis dari diri..
Mungkin itu erti dewasa yg kucari.Mungkin itu jua pengertian hidup yg kerapkali kulupa...

Kehidupanku hari ini ternyata banyak beza nya dengan 5tahun yg lepas..kurindu saat dan detik yg berlalu itu..
5tahun yg berlalu itu, pertanggungjawaban diriku amatlah rendah,maka aku bisa terbang mengikut haluanku,mengikut masaku sendiri..tepi kini, gelaran "student" ku itu telah tercabut maka tanggungjawab itu teramatlah besar..YA!ku punya tanggungjawab yg perlu kulunaskan saban hari,ku punya jadual hidup yg ternyata melelahkan..tapi itulah kehidupan..selangkah kita melangkah kehadapan,payah untuk kita berundur kebelakang mengejar masa silam yang berlalu pergi..Berbekalkan semangat itu,kehidupan ini kurempuh..Banyak kisah manis yang mampu kukenang bagi menutup kisah luka itu insyAllah..

Semoga diberi Allah kekuatan untuk menempuhinya insyAllah=)

Tuesday, July 19, 2011

Assalamualaikum

Assalamualaikum pembuka bicara...
Menulis sekadar untuk menyuarakan isi hati yang kadangkala terlalu sukar untuk dikongsi..
Tatkala semua melihatku ketawa gembira, tapi kadangkala ternyata duka bertandang dijiwa..kerapkali jiwa jadi permainan mereka..
Nukilan ini sekadar pembuka untuk nukilan berikutnya InsyAllah...